PERJUANGAN KAMI
Di L'OCCITANE, kami mempamerkan yang paling baik dari Provence, untuk kecantikkan berseri yang unik. Setiap hari, kami memberi komitmen untuk memelihara alam semulajadi yang sentiasa mengagumkan.
L'OCCITANE, SEBUAH PERJALANAN YANG BERMULA DARI PROVENCE
Semuanya bermula dari pasaraya di Provence. Dengan hanya berbekalkan alat alembic, sebuah trak kecil, dan pengetahuan tentang tumbuhan yang meluas, seorang lelaki berumur 23 tahun bernama Olivier Baussan mula menyuling minyak pati rosemary untuk dijual secara tempatan. Beliau mengembangkan produksinya dari minyak pati ke sabun dan krim, mengambil inspirasi dari tanah tempat beliau dibesarkan untuk membekalkan kecantikkan asli kepada setiap rumah di seluruh dunia.
PENYELIDIKAN & INOVASI
MENCABAR SEMPADAN KAMI MELALUI PENYELIDIKAN
Pemerhatian alam semulajadi menjadi panduan kami, dan ia adalah kunci untuk menghasilkan kosmetik semulajadi yang efektif. L'OCCITANE banyak melabur dalam penyelidikan - kami mempunyai makmal penyelidikan dengan teknologi terkini di pusat Haute-Provence, di bandar Manosque. 100 orang penyelidik bekerja dalam 11 makmal, dengan fokus dalam beberapa topik termasuk biologi molekul, perahan tumbuhan, dan juga kimia analisis untuk kami terus menaikkan taraf kualiti kami.
KOMITMEN KAMI
NILAI KAMI MENYENTUHI KEHIDUPAN DI SELURUH DUNIA
Komuniti global kami adalah yang TERPENTING, dan kami cuba memberi kembali melalui L'OCCITANE Foundation, ditubuhkan tahun 2006. Dua initiatif utama kami adalah membantu individu kecacatan penglihatan di seuruh dunia, dan juga membantu wanita yang terimpak dengan kegawatan ekonomi di Burkina Faso. Tambahan lagi, pekerja kami banyak terlibat dengan projek-projek yayasan, dari pembinaan semula selepas tsunami di Jepun, hingga warisan semulajadi di Provence.