Log masuk untuk menambah/melihat pilihan anda yang disimpan.

TERMA & SYARAT

Keselamatan & Privasi

L'OCCITANE (Malaysia) Sdn. Bhd. ("kami" dan "kita", bergantung kepada kes) memandang serius akan privasi anda. Terma & Syarat ("Terms & Conditions") ini membentuk sebuah dasar di mana apa-apa data peribadi kami dapatkan dari anda, atau di mana anda beri, akan diproses oleh kami.


Pengumpulan Maklumat Anda

Apabila anda melayari laman web kami www.loccitanemalaysia.com.my ("Laman" kami), kami akan menggunakan teknologi untuk dapatkan maklumat tentang lawatan anda ke Laman kami serta sumber-sumber yang diakses, bersama dengan butiran seperti Uniform Resource Locator (URL) yang dipaut anda dan alamat Internet Protocol anda, walaupun anda tidak mendaftarkan diri sebagai pelanggan.

Kami juga boleh kumpul maklumat yang diberi oleh anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

Maklumat yang anda beri semasa mengisi borang di Laman kami. Ini termasuk maklumat yang diberi semasa anda mendaftar sebagai pelanggan; mengisi borang atas talian atau survey; memberi maklumbalas, komen, atau cadangan; melaporkan masalah; mengambil bahagian dalam promosi atau pertandingan; melanggan newsletter kami; dan meminta maklumat lanjut dari kami. Jika anda menghubungi kami, kami boleh menyimpan rekod perhubungan tersebut.


Penggunaan Maklumat Anda

Kami menggunakan maklumat yang disimpan mengenai anda: untuk melaksanakan sebarang kewajipan dari sebarang kontrak dimasuk antara pihak and dan pihak kami; untuk menambah baik perkhidmatan kami untuk anda; untuk memastikan pengisian Laman kami dibentangkan dengan cara yang paling efektif untuk anda dan untuk komputer anda; untuk membenarkan anda menggunakan sebarang ciri dan perkhidmatan interaktif pada Laman kami jika anda pilih untuk berbuat demikian; untuk menyediakan (melalui pos, elektronik atau bentuk komunikasi yang lain) maklumat yang diminta oleh anda; dan untuk memberitahu anda akan sebarang perubahan kepada perkhidmatan kami; untuk menyesuaikan pengisian dan pengiklanan yang anda lihat, untuk memenuhkan permintaan anda untuk sebarang produk atau perkhidmatan, dan untuk menghubungi anda untuk sebarang promosi dan produk baru.


Pendedahan Maklumat Anda

Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada mana-mana syarikat di bawah L'OCCITANE Group, yang bermaksud anak-anak syarikat kami, syarikat induk kami serta anak-anak syarikatnya.

Kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga: untuk tujuan perlindungan dari penipuan dan pengurangan risiko kredit; untuk melindungi hak kami, keselamatan atau harta benda pelanggan kami dan pihak ketiga; Dalam agregat untuk tujuan pemasaran dan komersial asalkan tiada individu pelanggan yang dikenalpasti; Jika anda telah memberi kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian; jika L'OCCITANE Malaysia atau kesemua asetnya telah dijual kepada pihak ketiga secara substansial (dalam keadaan ini maklumat peribadi anda akan dipindahkan kepada pihak ketiga tersebut setelah penjualan tersebut selesai); Jika kami berada di bawah kewajipan untuk mendedahkan maklumat peribadi anda untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang, dan/atau untuk menguatkuasakan Terma & Syarat kami dalam bekalan dan perjanjian lain.


Hak-Hak Anda

Anda berhak meminta kami untuk tidak memproses data peribadi untuk tujuan pemasaran. Kami akan selalunya memberitahu anda (sebelum mengumpul data anda) jika kami berniat untuk menggunakan data anda untuk tujuan tersebut. Anda boleh juga melaksanakan hak anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di info@loccitane.com.my

 

Laman Web Lain

Laman kami boleh mengandungi pautan kepada dan dari laman web lain di mana kami tidak tiada kawalan. Pengendali-pengendali laman web ini boleh mengumpul data dari anda berdasarkan polisi privasi mereka sendiri di mana kami tidak terima sebarang tanggungjawab atau liabiliti. Sila semak polisi-polisi ini dahulu sebelum menghantar sebarang maklumat peribadi kepada laman web tersebut.


Kuki

Kuki adalah sebuah fail data kecil yang boleh dipinda yang disimpan oleh pelayar web pada komputer anda. Kuki membolehkan kita untuk mempertingkatkan dan memperibadikan pengalaman melayari internet.

Anda boleh pilih untuk membuat komputer anda memberi amaran setiap kali adanya kuki yang dihantar, atau anda boleh juga tutup kesemua kuki. Anda berbuat demikian melalui tetapan pelayar web anda (seperti Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox, dan Apple Safari). Setiap pelayar mempunyai tetapan yang berbeza, jadi semak menu Pertolongan pelayar anda untuk ketahui cara untuk mengubah tetapan kuki anda. Anda biasanya boleh memilih untuk menutup penggunaan kuki atau menetapkan parameter tertentu dengan mengubah tetapan pilihan internet untuk pelayar web anda.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk berbuat demikian, anda mungkin akan menyekat ciri-ciri yang boleh diakses pada Laman kami.


Melindungi Data Peribadi Anda

Kami menggunakan pelbagai langkah keselamatan, termasuk penyulitan dan alat pengesahan canggih untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi anda. Maklumat peribadi anda disimpan di belakang rangkaian-rangkaian selamat dan hanya boleh diakses oleh beberapa orang sahaja di mana yang mempunyai hak akses istimewa untuk sistem tersebut, dan diperlukan untuk merahsiakan maklumat tersebut. Tanpa mengira usaha ini, tiada transmisi data melalui intenet yang boleh dijamin sepenuhnya.


Polisi Privasi

Maklumat pelanggan yang ada dalam database kami adalah untuk kegunaan dalam sahaja, kami tidak menjual atau memberi maklumat ini kepada sesiapa pun, bermaksud kami menyumpan maklumat ini sebagai rahsia. Maklumat ini hanya diperlukan untuk mengenali anda dengan lebih baik dan mencari jalan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kami. Tambahan lagi, kami hanya menyimpan data di tahap ianya diperlukan secara teknical dan komersial.

Difahamkan bahawa entiti undang-undang L'OCCITANE Group serta pihak ketiga yang disahkan boleh menyimpan data untuk tujuan operasi. Ini termasuk keadaan di mana kami menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menyiarkan iklan-iklan bagi pihak kami merentasi internet dan kadang-kadang juga di Laman ini. Kami (termasuk pihak ketiga tersebut) boleh mengumpul maklumat tanpa nama akan lawatan anda ke lamab web kami, dan interaksi anda terhadap produk dan perkhidmatan kami. Kami juga boleh menggunakan maklumat akan lawatan anda kepada laman web ini dan yang lain untuk sasaran pengiklanan barangan dan perkhidmatan. Maklumat tanpa nama ini dikumpul melalui tag pixel, di mana ia adalah teknologi kebiasaan industri yang digunakan oleh kebanyakkan laman web besar. Tiada maklumat yang boleh dikenalpasti identitinya dikumpul atau digunakan dalam proses ini. Mereka tidak tahu nama, nombor telefon, alamat, alamat e-mel, atau sebarang maklumat mengenal pasti identiti tentang pengguna. Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang perlaksanaan ini, dan untuk ketahui pilihan anda untuk maklumat tanpa nama ini tidak digunakan oleh sebarang pihak ketiga kami, sila hubungi pada alamat berikut, kerana anda berhak untuk dapatkan maklumat tentang penggunaan data anda secara percuma di info@loccitane.com.my


Perubahan Pada Terma & Syarat Kami

Kami boleh mengubah pengisian Terma & Syarat kami dari semasa ke semasa. Kami menggalakkan anda untuk merujuk kepada Terma & Syarat ini scara berterusan untuk memahami Terma & Syarat yang terkini.


Berhubung

Kami mengalu-alukan soalan, komen, dan kebimbangan tentang privasi, Terma & Syarat. Sila hantar sebarang maklumbalas berkenaan privasi, atau apa-apa isu kepada info@loccitane.com.my


Strategy, UX & Graphic Design, arahan seni pengambaran produk oleh Wide Agency
91/95 Rue Carnot
92300 Levallois-Perret
+33 1 74 18 79 79
contact_fr@wideagency.com
www.wideagency.com/fr

Inilah peluang anda! Daftar hari ini untuk dapatkan promosi eksklusif dan diskaun RM10 untuk pembelian pertama anda bernilai RM100 ke atas.

"discounts": {}
Untuk apa saya boleh menggunakan mata saya?

RM1 = 1 point

300 points = RM15

600 points = RM50

999 points = RM100

1600 points = RM200

2,200 points = RM300

3,500 points = RM520

Log masuk

Kami telah hantar e-mel bersama pautan untuk tetapkan semula kata laluan anda.

Cipta akaun

Tetapkan semula kata laluan anda

Kami akan hantar e-mel untuk tetapkan semula kata laluan anda.