Log masuk untuk menambah/melihat pilihan anda yang disimpan.

PAYMENT

POLISI PEMBAYARAN

MEMBUAT PESANAN

Untuk mengenal pasti apa yang tersedia untuk dibeli, layari laman web kami. Apabila anda sudah sampai ke produk anda mahu memesan, klik butang "Masuk ke beg" dan pillih kuantiti yang ingin dibeli (maksimum 9 buah untuk setiap produk). Anda akan diminta untuk log masuk untuk maju ke langkah seterusnya, sila daftarkan diri jika ini adalah kali pertama anda membeli atas talian. Anda akan diminta pula untuk memberi maklumat penghantaran dan pembayaran (kad kredit).

Setelah membuat pembayaran menggunakan kad kredit, pesanan anda akan diproses serta-merta secara atas talian. Selepas maklumat kad kredit anda telah disahkan oleh Global Payments, kami boleh membungkus pesanan anda dan menghantarnya berdasarkan polisi penghantaran. Transaksi ini akan dinyatakan pada penyata bank anda sebagai pembayaran kepada L'OCCITANE Malaysia - pembelian untuk L'OCCITANE.

Sila hubungi institusi kewangan anda jika ada sebarang pertanyaan tentang kad kredit anda.

Pesanan diproses pada hari Isnin ke Jumaat tidak termasuk cuti umum. Pesanan yang dibuat selepas 5pm setiap hari akan dikira sebagai pembelian hari esok atas kegunaan kurier. Pesanan yang dibuat pada hari Jumaat selepas 3pm dan pada hujung minggu akan diproses pada hari Isnin seterusnya.

Kesemua pesanan adalah tertakluk kepada pengesahan bank sebelum diproses. Hanya pesanan yang telah disahkan akan diproses dan dihantar.

KENYATAAN:

L'OCCITANE MALAYSIA akan menghantar e-mel Pengesahan Pesanan kepad anda sebaik sahaja pembayaran anda disahkan. E-mel tersebut mengandungi butiran pesanan anda termasuk kod produk, penerangan produk, invois, dan alamat penghantaran. Jika anda tidak dapat e-mel pengesahan pesanan dalam masa 4 hari bekerja, sila semak ringkasan pesanan anda di "Akaun Saya" atau semak junk folder e-mel anda. Secara alternatif, anda boleh juga hubungi Khidmat Pelanggan kami di info@loccitane.com.my (Isnin ke Jumaat: 9am - 12pm dan 2pm - 5pm, tidak termasuk Cuti Umum) untuk bantuan.

L'OCCITANE MALAYSIA akan menghantar e-mel Pemberitahuan Penghantaran bagi pihak syarikat logistik kepada anda selepas pesanan anda telah keluar. Anda boleh lihat nombor jejakan serta butiran penghantaran anda di dalam e-mel tersebut. Sila klik pautan seterusnya untuk jejak pesanan anda. Jika anda tidak dapat e-mel pemberitahuan penghantaran, sila semak ringkasan pesanan anda di "Akaun Saya" atau pada junk folder e-mel anda. Secara alternatif, anda boleh juga hubungi Khidmat Pelanggan kami di info@loccitane.com.my (Isnin ke Jumaat: 9am - 12pm dan 2pm - 5pm, tidak termasuk Cuti Umum) untuk bantuan.

Setelah pesanan anda sudah diambil oleh syarikat logistik yang ditugaskan oleh kami, kod jejakan akan diaktifkan dan anda boleh mula jejaki pesanan anda melalui pautan di bawah:

Layari www.gdexpress.com, klik pada tab "Tracking", dan pergi ke "e-tracking"

Layari https://my.ta-q-bin.comdan masukkan nombor jejakan anda pada pop-up "track now"

JENIS PEMBAYARAN

Laman web L'OCCITANE MALAYSIA berbesar hati untuk terima kad kredit yang berikut sebagai jenis pembayaran:

L'OCCITANE MALAYSIA Online Boutique telah ditetapkan untuk mengambil pesanan segera atas talian melaui kad kredit (MasterCard™, Visa™) serta Financial Process Xchange (FPX) buat masa ini. Transaksi ini akan dinyatakan dalam penyata bank anda sebagai bayaran ke L'OCCITANE Malaysia - pembelian untuk L'OCCITANE.

Financial Process Xchange (FPX) menyokong Internet Explorer Versi 7 ke atas serta Google Chrome, Mozilla Firefox, dan Apple Safari versi terbaharu

Kesemua harga di laman web adalah diproses dalam RINGGIT MALAYSIA (RM).

BAUCER DAN DISKAUN

Diskaun dalam kedai ahli GOLD tidak diterima untuk pembelian atas talian.

Baucer dalam kedai (baucer hadiah, baucer tunai) tidak diterima untuk pembelian atas talian.

Baucer atas talian hanya diterima untuk pembelian atas talian.

Promosi dan hadiah mungkin berlainan dari promosi di kedai.

PERLINDUNGAN PENIPUAN

Untuk lindungi anda serta pihak kami daripada sebarang penipuan atau lain-lain aktiviti haram dan tidak dibenarkan, L'OCCITANE MALAYSIA akan memeriksa setiap pesanan dan berhak untuk menahan atau menolak pesanan dari diproses atas sebab mensyaki sebarang penipuan atau aktiviti haram dan tidak dibenarkan. L'OCCITANE MALAYSIA boleh meminta satu salinan penyata kad kredit anda melalui e-mel untuk tujuan pengesahan. L'OCCITANE MALAYSIA juga berhak untuk membatalkan akaun keahlian atau menolak untuk menghantar ke alamat tertentu sekiranya disyaki terbabit dalam penipuan atau aktiviti haram dan tidak dibenarkan.

PENENTUAN HARGA

Harga-harga produk yang disenaraikan di laman web L'OCCITANE MALAYSIA adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan awal.

PEMBATALAN PESANAN

Produk yang telah dijual tidak boleh dikembalikan, jadi kami dukacitanya memaklumkan bahawa pesanan yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan. Sila pastikan anda telah semak dan sahkan kesemua butiran dan maklumat sebelum melalui proses pembayaran.

Inilah peluang anda! Daftar hari ini untuk dapatkan promosi eksklusif dan diskaun RM10 untuk pembelian pertama anda bernilai RM100 ke atas.

"discounts": {}
Untuk apa saya boleh menggunakan mata saya?

RM1 = 1 point

300 points = RM15

600 points = RM50

999 points = RM100

1600 points = RM200

2,200 points = RM300

3,500 points = RM520

Log masuk

Kami telah hantar e-mel bersama pautan untuk tetapkan semula kata laluan anda.

Cipta akaun

Tetapkan semula kata laluan anda

Kami akan hantar e-mel untuk tetapkan semula kata laluan anda.