SHIPPING
TERMA-TERMA PENGHANTARAN
Harap maklum kelewatan kepada penghantaran untuk pesanan semasa PKP. Barangan yang dibeli semasa tempoh PKP akan dikurier melalui servis biasa dalam masa 10 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia, dan 14 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak (tidak termasuk hujung minggu & cuti umum) selepas bayaran pesanan disahkan pada hari biasa.[Nota Penting]Servis kurier mungkin tidak dapat menghantar ke kawasan di mana laluan disekat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD).
Harap maklum bahawa penghantaran kami adalah dalam lingkungan 3 - 5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia, 3 - 7 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak dengan pengecualian semasa Hari Ahli dan Cuti Umum.
[Nota Penting]Semasa tempoh kemuncak membeli-belah & promosi, kami memerlukan 3 hari bekerja tambahan untuk memproses dan membungkus pesanan atas talian yang diterima.
Pesanan akan dikurier antara 9am - 5pm dari Isnin ke Jumaat, separuh hari pada hari Sabtu.
Harap maklum yang anda perlu menandatangan pesanan anda. Jika anda tiada pada masa penghantaran, barangan akan dihantar pada esok hari. Sila hubungi syarikat logistik yang ditugaskan dan beri nombor jejakan untuk mengatur penghantaran baru
Jika anda tiada di alamat penghantaran semasa penghantaran, syaikat logistik tersebut akan memberi sekeping kad pemberitahuan menyatakan cara untuk membuat penghantaran baru. Jika cubaan penghantaran sebanyak tiga kali (jumlah) telah dibuat, ia akan dipulangkan ke L'OCCITANE. Penghantaran baru ditanggung oleh pelanggan.
L'OCCITANE MALAYSIA tidak akan bertanggungjawab atas pesanan yang ditandatangani oleh orang selain penerima yang sepatutnya.
Jika anda menjumpai barangan dalam keadaan rosak selepas dihantar, sila membuat laporan kepada Khidmat Pelanggan pada hari yang sama dengan bukti sokongan serta nombor invois. Bayaran balik adalah tertakluk atas budi bicara syarikat kurier.
Dalam keadaan jarang berlaku, di mana produk anda hilang dari pesanan, sila membuat laporan pada hari yang sama penghantaran, kami berbesar hati untuk membantu.
Pesanan diproses pada Isnin ke Jumaat tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum. Pesanan yang dibuat pada hari Jumaat selepas 3pm dan pada hujung minggu akan diproses pada hari Isnin berikutnya.
Sementara kami melakukan yang terbaik untuk pastikan pesanan anda dihantar pada masa yang baik, kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh sesiapa pun akibat dari kelewatan yang disebabkan oleh kurier kami yang di luar kawalan kami atau dari apa-apa peristiwa di luar kawalan atau anggaran kami termasuk tetapi tidak terhad kepada kelewatan yang disebabkan salah alamat penghantaran yang diberi kepada kami.
Pada masa kini, kami tidak membuat penghantaran antarabangsa. Jika anda ingin membuat pesanan dan menghantar ke lokasi antarabangsa, sila layari portal antarabangsa kami di www.loccitane.com untuk lihat senarai negara yang terima pesanan eCommerce ke negara anda.
Kesemua pesanan adalah tertakluk kepada pengesahan bank sebelum diproses. Hanya pesanan yang telah disahkan sahaja akan diproses dan dihantar.
CAJ PENGHANTARAN BIASA
Caj penghantaran sebanyak RM12 akan dikenakan untuk Semenanjung Malaysia.
Caj penghantaran sebanyak RM20 akan dikenakan untuk Sabah & Sarawak.
Nikmati Penghantaran Percuma dengan pembelian sebanyak RM100 ke atas (sah sehingga 31 Disember 2021)
JEJAKAN
Sebaik sahaja pesanan anda diambil oleh syarikat logistik yang ditugaskan kami, kod jejakan akan diaktifkan dan anda boleh mula menjejak pesanan anda melalui pautan di bawah:
Layari www.gdexpress.com, klik tab "Tracking", dan pergi ke "e-tracking"
Layari https://my.ta-q-bin.com dan masukkan nombor jejakan anda di dalam pop-up "track now"
BARANGAN KEHABISAN STOK
Barangan yang ditanda "kehabisan stok" tidak boleh dipesan. Anda boleh masukkan barangan tersebut ke dalam 'wishlist' anda, dan kami akan e-mel apabila barangan tersebut kembali ke stok.
Kami berusaha untuk menghantar pesanan anda dalam lingkungan tempoh penghantaran. Walau bagaimanapun, harap maklum sekiranya barangan yang sudah dipesan tiada dalam stok, kami perlu mendapatkannya dari lokasi stok lain. Kami akan memberitahu anda dalam masa 2 - 3 hari bekerja dan kami memohon persefahaman anda untuk kelewatan penghantaran berkaitan ketersediaan stok. Kami tidak terima pesanan belakang
Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan polisi penghantaran kami, sila hubungi Khidmat Pelanggan di info@loccitane.com.my(Isnin ke Jumaat: 9am - 12pm dan 2pm - 5pm, tidak termasuk Cuti Umum).